5 Langkah Menukar Email List kepada Customer

Bila bercakap mengenai menambahkan keuntungan melalui pemasaran email, menambah prospek atau lead didalam senarai email list kita, ia adalah perkara yang kecil sahaja bak kata mat salleh “small pieces”. Tidak guna jika ada email list yang banyak tapi dibiarkan menjadi habuk langsung tidak gunakan dengan sebaik-baiknya.

Langkah bijak sebagai seorang usahawan adalah apa bila anda dapat sahaja email list terus sahaja mula buat duit secepat yang boleh.

Bagaimana nak start?

 

  1. Target Jumlah Email List Yang Kita Nak

Target adalah sangat penting dalam bisnes kerana ia akan membantu kita lebih fokus dalam kerja. Sebagai contoh untuk menetapkan target kita dalam mendapatkan email list yang banyak dan berkualiti adalah menggunakan fomula SMART, ia adalah specific, measurable, actionable, realistic, and time-based.

Specific : Target kita adalah untuk mencapai email list dari 1000 list dari 500 list

Measurable  : Jumlah email list yang anda target mesti boleh di ukur dari segi jumlah dan masa seperti target 1000 list dalam masa 7 hari.

Actionable : Tindakkan apa yang anda boleh buat untuk mencapat target anda.

Realistic : Target anda mesti realistik dan bukan main letak target sahaja. Jika sebelum ini anda langsung tidak ada email list anda tidak boleh terus target 100 ribu list dalam masa 7 hari dan ini langsung tidak realistik

Time-based : Tidak kisah sama ada anda target 1000 list seminggu atau 100 ribu list  6 bulan yang penting anda mesti meletakkan had masa.

 

  1. Bersedia Untuk Tarik List Anda

Bagi menarik orang untuk masuk kedalam email list adalah  beri sesuatu tawaran seperti ebook, video, atau software secara PERCUMA. Sebelum letak borang opt-in dalam website atau blog, anda perlu kenalpasti apa yang anda hendak beri.

Langkah pertama adalah produk apa yang anda hendak promosikan. Sebagai contoh jika anda berminat untuk mempromosikan produk krim muka. Anda boleh buat ebook cara penjaga muka atau video tutorial mencuci muka dengan betul. Pastikan apa yang anda beri adalah bernilai tinggi dimata prospek supaya mereka mengisi borang opt-in anda.

 

  1. Bina Hubung Dengan Prospek Anda

Apabila prospek telah mengisi borang opt-in secara automatik pastikan ia akan dibawa ke satu email pengesahan dimana email tersebut kita mengalu-alukan kemasukkan mereka ke dalam email list anda dan ini menunjukkan anda mengambil berat  terhadap mereka. Didalam email pengesahan tersebut anda digalakkan untuk anda membuat empat perkara ini:

Peribadi : Walaupun email yang anda beri adalah secara automatik, buat ia seperti anda memberi email secara peribadi. Masukkan nama prospek anda pada email yang anda hantar.

Tawaran : Jangan lupa untuk beri apa yang anda tawarkan. Beri link untuk mereka muat turun ebook atau video yang anda tawarkan.

CTA : Jangan biarkan prospek anda begitu sahaja, berinteraksi dengan mereka seperti reply email jika ada sebarang masalah.

Perkongsian: Berkongsi aktiviti yang anda buat, cerita kisah anda, berkongsi ebook atau tips.

 

  1. Rancang Jadual Kempen Anda

Kejayaan membuat keuntungan dari pemasaran email bergantung bagaimana anda merancang kempen anda. Hendak menulis email adalah sangat mudah hanya sekali menulis sahaja dan anda boleh set masa yang anda mahukan dan biarkan ia berjalan secara automatic tapi dengan syarat anda perlu menggunakan autoresponder.

Saya sarankan untuk anda menghantar email sebanyak 5-7 email bagi setiap kempen. Email yang anda hantar juga perlu di langkau selama 1 atau 2 hari bagi mengelakkan prospek anda berasa bosan kerana mendapat email dari anda setiap hari.

Nasihat saya, email yang anda tulis pastikan ia mempunyai pengisian yang memberi impak yang tinggi kepada prospek apabila mereka membaca email tersebut. Apabila anda sering memberi email yang berguna kepada email list anda. Secara tidak langsung mereka akan percaya kepada anda mereka akan anggap anda seorang hero atau heraoin yang sedang membantu menyelesaikan masalah mereka. Selepas itu masa untuk anda menjual produk anda.

 

  1. Hantar Newsletters

Setelah prospek masuk ke dalam email list anda dan anda juga telah mempromosikan produk yang anda hendak jual melalui kempen yang anda telah dibuat sebelum ini. Bagus! Tapi ini bukan pengakhiranya.

Selama mereka dalam email list anda, anggap mereka masih lagi prospek kita dan tugas kita adalah sentiasa berhubung dengan mereka teruskan memberi infomasi yang berguna.

Sebab apa perlu sentiasa berhubung dengan prospek anda? Ia adalah kerana mereka yang masuk email list anda tidak kesemua yang membeli produk anda. Jika anda mempunyai email list sebanyak 1000 list mungkin yang beli sekitar 10 peratus sahaja ia bersamaan 100 pelanggan sahaja yang membeli. Jika kita sentiasa follow up dan sentiasa berhubung dengan mereka dengan bertanya khabar beri infomasi yang bernilai atau memberi ebook percuma, saya pasti dengan izin Allah 90 peratus yang tidak membeli akan membuat keputusan untuk membeli produk anda.

 

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat pemasaran email dengan lebih baik. Sila share untuk memberi manfaat kepada usahawan yang lain

 

 


Jika anda berminat untuk mendalami pemasaran email boleh dapatkan panduan pemasaran email di sini EMAIL

 

Leave a Reply