6 Tips Penting Dalam Asas Pemasaran Emel

Pemasaran emel adalah salah satu channel pemasaran yang sangat berkesan. Jika kita lihat syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti Maybank dan AirAsia, mereka menggunakan pemasaran emel sebagai satu cara untuk memasarkan produk mereka dengan hanya menggunakan kos yang sangat minima.

Jadi, bagaimana hendak menggunakan pemasaran emel dengan berkesan? Saya akan bongkarkan kepada anda 30 Tips “RARE” dalam pemasaran emel

Asas Pemasaran Emel

  1. Bina squezz page/landing page

Bagi mendapatkan infomasi berkenaan bakal pelanggan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bina satu squezz page/landing page untuk mendapatkan nama, no.tel dan emel. Jadi anda perlu tawarkan kepada bakal pelanggan anda satu tawaran seperti kupon, ebook atau tips sebagai pertukaran untuk mendapatkan infomasi bakal pelanggan.

 

  1. Masukkan privacy policy pada squezz page anda.

Privacy policy digunakan untuk memberi jaminan bahawa data atau infomasi yang mereka berikan tidak akan diberikan kepada pihak lain.

 

  1. Guna sistem autoreponder

Sistem autoresponder adalah satu system servis yang digunakan untuk menghantar emel kepada bakal pelanggan anda secara automatic. Contoh autoresponder yang saya gunakan adalah Emelmatik

 

  1. Beri sesuatu yang bernilai

Anda boleh memberi sesuatu bernilai seperti ebook, video, tips atau tutorial. Tidak kisah apa yang anda hendak beri yang penting ia bukan sampah. Buat sesuatu yang orang akan suka.

 

  1. Pastikan anda buat confirmation/thank you page

Di sini pelanggan anda akan dihantar selepas mereka mengisi infomasi melalui borang autoresponder anda. Jadi ambil peluang ini untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan anda. Selain dari mengucapkan terima kasih berikan sebab kenapa mereka perlu membuka emel dari anda dan apa yang mereka akan dapat.

 

  1. Tunjuk cara henti langganan

Mungkin ada pelanggan yang tidak mahu lagi untuk mendapatkan emel dari kita. Jadi tunjukkan kepada mereka bagaimana mereka untuk menghentikan dari mendapat emel dari anda.

 

Jika anda ingin mempelajari pemasaran emel dengan lebih lanjut klik Pemasaran Emel

 

Leave a Reply