800 Database Dalam Masa 3 hari sahaja

Adakah anda seorang usahawan internet ?

Jika “ Ya” mesti anda kenal seorang usahawan internet yang terkenal iaitu Tuan Faisal Abdullah dimana beliau adalah seorang pengasas nasihatniaga.com.

Saya ada menonton satu video yang dibuat olehnya tentang membina database atau list.

Sebagai seorang usahawan internet anda pasti tahu dimana database adalah sangat penting kerana database bagai nyawa sesuatu bisnes tak kira anda buat bisnes jual tudung, makanan, ebook, telefon atau apa pun bisnes yang anda lakukan

 

Apa yang perlu kita buat jika sudah ada database?

Anda boleh buat macam-macam seperti follow up, buat pengumuman pelancaran produk, bagi offer diskaun atau anda buat cabutan bertuah.

Sekarang sudah tahu kepentingan database. Persoalanya bagaimana nak dapatkan database secara online.

Berbalik kepada video Tuan Faisal Abdullah yang saya tonton dimana beliau dapatkan 800 database dalam masa 3 hari sahaja

Saya ulangi 3 hari sahaja !!!

Di dalam video tersebut Tuan faisal menggabungkan 2 teknik pemasaran

  • Facebook Ads
  • Content Marketing

Bagaimana beliau lakukan?

Pertama sekali anda perlu buat satu content di mana, content tersebut mengandungi info-info yang berguna dan boleh menyelesaikan masalah pembaca.

Menurut Tuan Faisal sebelum kita menulis content tersebuat kita perlu mengenalpasti apakah topik yang sangat bermakna bagi pembaca dan content tersebut adalah PREMIUM CONTENT.

AMARAN !!

Di dalam content tersebuat jangan menjual apa-apa.

Apabila anda siap content tersebut. Buat iklan “fbads” untuk mengiklankan content tersebut.

Apabila pembaca membaca content tersebuat kita letak satu link di bahagian tepi atau dibawah content tersebuat dimana jika pembaca klik link ini ia akan dibawa ke satu squezz page atau landing page dan disitu kita akan dapat database dari pembaca.

Ingin tengok video penuh dari Tuan Faisal Abdullah??

 

800 list 3 hari

 

 

Anda rasa artikel ini berguna? Sila share kepada rakan-rakan anda supaya memberi manfaat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply