Bina Copywriting Yang Memikat

Aghhh…

Tensionnya aku..macam mana nak tulis copywriting ni. Macam mana nak start ni…

Adakah anda mengalami masalah nak tulis copywriting yang mantap dan boleh convert kepada sales?

Jika “Ya” teruskan baca artikel ni sampai habis

Sebagai usahawan internet copywriting adalah perkara yang amat penting.

Sebab apa?

Sebab copywriting adalah satu seni penulisan yang mampu mempengaruhi pembaca untuk membuat sesuatu pembelian atau tidak.

Dalam mendapatkan idea menulis ayat copywriting. Ada 3 cara yang anda boleh gunakan.

  • A.I.D.A
  • R.E.V.E
  • Empthy Maps

=====

A.I.D.A

=====

A = Attention (Perhatian)

Tarik perhatian prospek dengan menggunakan perkataan atau ayat power. Ini langkap pertama dalam penulisan berkualiti. Jika gagal langkah ini, anda pasti gagal langkah yang seterusnya.

 

I = Interest (Minat)

Cipta minat prospek untuk lebih tahu mengenai produk anda. Prospek perlu rasa teruja dengan penulisan anda. Berkongsi tentang masalah dan jalan penyelesaian antara point penting dalam meningkatkan minat prospek untuk mendapatkan produk anda.

 

D = Desire (Keinginan)

Cipta keinginan yang tinggi dalam diri prospek iaitu keinginan untuk memiliki produk anda. Ini bahagian paling penting dalam penulisan.

 

A = Action (Tindakan)

Buat satu arahan atau panduan kepada prospek untuk mendapatkan produk anda. Ada banyak cara untuk beri arahan pada prospek untuk mendapatkan produk anda.

 

=======

P.R.E.V.E

=======

P = Powerful (Berkuasa)

Setiap perkataan atau ayat anda mestilah powerful ataupun berkuasa. Bila sebut berkuasa, ayat atau perkataan yang digunakan mesti menarik perhatian prospek untuk terus membaca. Umpama memberi maklumat yang menarik kepada prospek.

 

R = Result (Hasil)

Tunjuk hasil yang bagus menggunakan produk anda. Jika anda ada testimoni atau bukti kejayaan tentang produk anda, sila kongsi dengan prospek.

 

E = Emotional (Emosi)

Cipta satu bentuk perasaan luarbiasa dalam diri prospek apabila mereka guna produk anda. Terdapat beberapa faktor yang buat prospek membeli. Anda hanya perlu tahu apa yang prospek mahu.

 

V = Viral (Sebaran Mudah)

Cipta perkataan atau ayat power yang buat prospek ingat dan mudah faham. Setengah penjual produk suka menggunakan ayat-ayat yang terlalu canggih. Dalam dunia copywriting sebenar, buat pelanggan faham lebih penting daripada anda syok sendiri. Bercakap bahasa pelanggan, buat mereka faham dan pasti mereka akan beli.

 

E = Engagement (Hubungan Dua Hala)

Pastikan setiap penulisan adalah berbentuk 2 hala. Bukan hanya sampaikan fakta seperti pembaca berita. Perlu ada ayat-ayat berbentuk pertanyaan dalam copywriting anda.

 

===========

Empthy Maps

===========

Think And Feel = (Fikir Dan Rasa)

Apa yang pelanggan fikir dan rasa apabila dia mengalami masalah yang dihadapi sekarang ini.

 

See = (Lihat)

Apa yang pelanggan lihat kesan dari masalah yang dia hadapi. Sebagai contoh pelanggan mengalami masalah diabetis dan dia melihat kebanyakkan pesakit diabetis mempunyai masalah mata menjadi buta, kaki kena potong dan luka sukar sembuh. Jadi pelanggan diabestis ini akan berusaha untuk mencari cara menyelesaikan masalah penyakit dia.

 

Hear = (Dengar)

Apa yang pelanggan kita dengar dari orang sekelilingnya  mengenai masalah yang di hadapi. Pelanngan mendengar dari rakan jika tidak mencuci muka dengan sabun. Muka kan mengalami masalah jerawat dan pelanggan yang mendengarnya tidak mahu masalah jerawat, jadi dia pun cari sabun mencegah jerawat.

 

Say And Do = (Cakap Dan Buat)

Apa yang pelanggan kita sering cakap apabila dia mengalami masalah tersebut. Seperti jika dia mengalami masalah jerawat, dia malu untuk berjumpa orang.

Apa pelanggan kita buat untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah mencari produk yang boleh menghilangkan jerawat.

 

Pain = (Sakit)

Kesakitan apa yang pelanggan kita rasa. Contoh malu untuk berjumpa orang ramai kerana muka berjerawat.

 

Gain = (Dapat)

Pelanggan kita dapat sesuatu yang buat dia gembira seperti mendapat muka yang bebas jerawat ,licin dan kulit menjadi cerah.

 

Kesimpulanya nak buat copywriting ni tidaklah sukar jika anda tahu siapa bakal pelanggan anda dan tahu sedikit asas mengenai teknik bina copywriting yang memikat.

 

Semoga artikel ini membantu anda membuat copywriting

2 Comments

Leave a Reply