Cara Mengenalpasti Bakal Pelanggan di FbAds

Seperti yang kita tahu, kita boleh memilih audience yang akan menonton iklan kita apabila kita mula run kempen pengiklanan di Facebook Ads. Maksudnya, iklan kita hanya akan tertera kepada pengguna Facebook yang kita pilih sahaja.

Antara ciri–ciri pengguna Facebook yang kita boleh pilih adalah:

 

1) Lokasi

Untuk memilih lokasi, kita pilih pengguna Facebook yang berada dekat dengan lokasi kita. Katakan kita ingin iklankan kedai makan, kita pilih pengguna Facebook yang tinggal dekat dengan kita. Maksudnya di sini adalah kita memilih lokasi pengguna Facebook yang berpotensi untuk minat apa yang kita tawarkan kepada mereka.

 

2) Demographic

Iaitu memilih ciri–ciri bakal pelanggan kita yang berpotensi untuk membeli dengan apa yang iklan kita tawarkan kepada mereka.

Apa ciri-ciri tersebut?

Ia adalah umur, jantina, bahasa dan status hubungan

 

3) Like dan Interest

Untuk memilih Like dan Interest, kita perlu berfikir dengan lebih dalam. Contohnya, target bagi iklan kita adalah remaja lelaki yang berumur dari 20 hingga 25 tahun yang berminat dengan bola sepak. Jadi, kita masukkan interest yang berkaitan dengan mereka. Kita perlu ambil tahu apa yang prospek kita minat.

 

Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada anda