5 Cara Tingkatkan Sales 2 Kali Ganda

Ramai usahawan yang pening memikirkan bagaimana hendak meningkatkan jualan 2 berkali ganda dengan mudah. Saya pasti jika anda membaca artikel ini anda juga ingin tingkatkan jualan anda juga bukan?

Sebenarnya ada pelbagai cara hendak tingkatkan  jualan dengan mudah. Disini saya akan terangkan kepada anda cara yang kebiasaan usahawan yang berjaya mengaut keuntunggan beribu-ribu ringgit malah ada juga sehingga jutaan ringgit dengan cara yang sangat simple dan mudah ini.

  1. Up-selling

Apa itu up-selling?

Up-selling adalah kita memberitahu kepada pelanggan untuk “upgrade” atau pilih produk tambahan untuk melengkapkan apa yang mereka telah beli. Seperti, jika pelanggan memilih untuk membeli baju, anda boleh “suggest” kepada pelanggan anda untuk membeli baju yang berlainan warna .

 

  1. Cross-selling

Corss-selling pula adalah kita menjual produk yang berlainan tapi dalam niche yang sama. Sebagai contoh, pelanggan membeli produk krim muka dan kita boleh bertanya kepada pelanggan untuk  mendapatkan sabun badan pula.

  1. Follow-up

Follow-up adalah cara yang amat berkesan dan sering digunakan dalam bisnes. Follow-up terbahagi kepada 2 jenis “follow-up” pelanggan

  1. Sudah membeli
  2. Belum membeli

Anda boleh follow-up pelanggan atau bakal pelanggan anda seminggu atau sebulan sekali untuk mengigatkan kepada mereka tentang promosi, bertanya khabar, beri tips penggunaan produk atau ada berita sensasi yang mereka perlu tahu.

 

  1. Combo

Teknik combo amat menguntungkan kepada usahawan terutamanya jika mereka yang mempunyai produk yang lebih dari 1 produk seperti set combo kecantikkan. Jika pelanggan membeli set combo ini mereka bukan dapat 1 produk tapi boleh dapat lebih dari 3 produk dalam 1 harga sahaja. Disini pelanggan akan berasa sangat beruntung jika mereka beli set combo.

 

  1. Diskaun

Diskaun sering dilakukan jika terdapat sebarang sambutan atau perayaan. Diskaun tidak berlaku setiap hari, ia berlaku pada hari-hari tertentu seperti perayaan tahun baru cina, hari raya puasa, hari kemerdekaan. Diskaun adalah cara yang sangat “powerful” tetapi berhati-hati kerana jika anda tersilap langkah bukan keuntungan yang anda dapat, tetapi kerugian yang sangat besar yang akan anda alami. Jadi sebelum membuat diskaun pastikan anda sudah mengira segala kos dengan tepat bagi mengelakkan anda mengalami kerugian.

 

Kesimpulan

Sebenarnya terlalu banyak cara untuk meningkatkan jualan 2 kali ganda dengan mudah. Persoalanya adalah sejauh mana kita gunakan teknik atau cara tersebut. Hendak tingkatkan sales bukan hanya gunakan satu cara sahaja tapi gunalah pelbagai cara.

Pastikan apabila anda gunakan satu-satu cara tersebut, buat sehingga anda boleh mendapatkan keuntungan, fokus pada satu cara dahulu. Jika sudah lakukan satu cara, tambah cara yang kedua pula.

Jangan putus asa dalam meningkatkan sales anda.

Semoga perkongsian ini membeli manfaat kepada anda. Saya doakan anda yang mencuba ketujuh-tujuh cara ini akan mendapat bukan sahaja mendapat dapat tingkatkan sales 2 kali ganda malah lebih dari itu.

Sila share jika anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada usahawan di luar sana

 

Leave a Reply