5 Teknik Iklan Akan Buatkan Pelanggan Tidak Sabar Membeli

Iklan Akan Buatkan Pelanggan Tidak Sabar Membeli

Iklan adalah perkara yang sangat penting dalam sesuatu bisnes, jika tiada iklan maka tiadalah sales.

Dan saya pasti ramai usahawan yang diluar sana sudah tahu cara membuat iklan.

Tahukah anda…

Tahu buat iklan sahaja tidak mencukupi kerana ramai usahawan yang buat iklan tapi tiada respon, terutamanya yang masih baru dalam bisnes.

Apa yang penting adalah bila menulis iklan, perlu menulis iklan yang baik sehinggakan iklan tersebut akan membuatkan pelanggan tidak sabar untuk membeli.

Jadi disini saya akan share 5 teknik yang anda boleh gunakan untuk improve  iklan anda untuk menarik pelanggan untuk membeli.

 

Cipta headline yang berpengaruh

 

Maksud headline yang berpengaruh ini adalah ayat menarik perhatian pelanggan untuk berhenti dan membaca iklan kita.

headline yang berpengaruh

Your headline has only one job, to stop your prospect and compel him to read the second sentence of your ad.” – Eugene Schwartz

 

Jadi bagaimana nak buat headline berpengaruh?

Tulis headline yang berkaitan dengan masalah atau impian pelanggan.

Contoh:-

Produk: Krim Jerawat

Masalah/Impian : Kulit berjerawat / ingin kulit yang bersih dan flawless

Headline : Dah guna macam-macam produk tapi masalah jerawat masih teruk?

Sentiasa ingat..

Headline yang bagus akan membuatkan pelanggan membaca iklan kita yang seterusnya.

 

Guna perkataan magik

 

Ha..ini bukan perkataan magik macam kat cerita Harry Potter tu ya.

Guna perkataan magik

Perkataan magik disini bermaksud perkataan yang membuat pelanggan tak sabar membeli dan dia akan merasakan sangat rugi jika tidak beli sekarang

Contoh:

Special, Tersembunyi, Hot, Baru, Rahsia, Limited, Exclusive, Cepat, Mudah,  Dijamin, Selamat, Lifetime, Terbukti, Berkesan, Murah, Jimat, Menang,  Percuma, Bonus, Rendah, Diskaun

Perkataan yang saya nyatakan di atas anda boleh letakkan di mana-mana yang sesuai pada copywriting anda. Ia boleh dikatakan sebagai booster atau trigger untuk bakal pelanggan anda tak sabar atau rasa sangat rugi kalau tak beli dari anda.

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang anda boleh tambah dalam iklan anda tapi saya rasa ini pun sudah memadai.

 

Tulis iklan yang mudah difahami

 

Bagi membuat pelanggan membeli produk kita. Kita perlu menulis iklan yang mudah difahami.

Tulis iklan yang mudah difahami

“Assume the reader knows nothing. But, don’t assume the reader is stupid.” – Ann Handley

 

Bagi memudah pelanggan memahami iklan kita, anggap sahaja pelanggan kita seorang kanak-kanak kecil.

Untuk membuat kanak-kanak faham dengan apa yang kita tulis adalah tidak patut untuk kita menulis perkataan bombastik atau scientific dimana ia amat sukar untuk difahami.

Gunakan sahaja ayat-ayat yang mudah difahami dan santai sahaja. Nak guna bahasa pasar pun tak apa yang penting kita tahu bahasa yang sering digunakan oleh pelanggan kita.

Contoh mudah, kalau kita nak jual produk kat orang pantai timur guna je bahasa pantai timur. Mereka akan faham dan suka kerana menggunakan bahasa mereka.

 

Tambah fakta atau info ramai orang tak tahu

 

Berdasarkan kajian saikologi oleh Abraham Maslow ada memberitahu perkara ini. Ia dinamakan Self-Esteem. (Sentiasa inginkan peningkatan status diri)

headline yang berpengaruh

Mereka yang mempunyai self-Estreem ini mempuyai satu sifat dimana dia akan merasa bangga dan suka berkongsi dengan orang lain jika dia dapat sesuatu fakta atau info dimana orang lain tak tahu.

Kebiasaanya blog-blog viral ni ada menggunakan teknik ini

Contoh:

“ 5 Fakta usahawan lelaki yang Berjaya di Malaysia “

Pastikan fakta dan info yang anda ingin nyatakan tersebut adalah betul dan tepat, kalau boleh disertakan dengan bukti fakta dan info tersebut anda dapat dari mana.

Jika anda menggunakan teknik ini dengan betul insyaallah iklan anda akan mendapat perhatian.

 

Testimoni yang tepat

 

Testimoni yang tepat

Haa..testimoni yang tepat ? macam mana tu…

Testimoni yang tepat disini bermaksud letak testimoni yang berkaitan dengan masalah pelanggan.

Sebagai contoh, jika anda jual produk krim jerawat anda perlu meletakkan testimoni yang berkaitan dengan jerawat sahaja.

Jangan meletakkan testimoni berkaitan kulit putih pulak,

Tak kisah walaupun produk anda boleh membantu kulit menjadi putih tetap perlu letak testimoni jerawat sahaja.

Sebab anda sedang fokus menyelesaikan orang yang mempunyai masalah jerawat dan bukan menyelesaikan masalah kulit yang gelap

 

Kesimpulan

 

Saya pasti dengan menggunakan 5 teknik yang saya berikan ini akan membantu anda meningkatkan sales.

Jadi diantara 5 teknik diatas ini yang mana satu yang anda paling suka? Boleh share pada ruangan komen dibawah

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *